Tuesday 20 December 2016

Pelombongan Bauksit Haram Di Pahang Masih Berlaku?


KUANTAN: Kerajaan tidak menolak kemungkinan masih berlaku kegiatan perlombongam bauksit secara haram dalam tempoh moratorium hampir setahun lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia berikutan hasil tinjauan di sekitar daerah ini mendapati masih banyak stok simpanan bauksit di kawasan penyimpanannya.

Jelasnya hasil tinjauannya selama kira-kira 30 minit dari udara pagi tadi di semua kawasan lombong, meskipun tiada pergerakan keluar masuk lori, masih kelihatan longgokan bauksit.

Tambah beliau aktiviti perlombongan haram itu agak sukar untuk dikawal disebabkan kekurangan pegawai penguatkuasaan setiap masa serta faktor kawasan perlombongan terlalu luas.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu sidang media mengenai status pengenaan moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang hari ini.

Moratorium aktiviti bauksit di daerah ini dikuatkuasakan 15 Januari lalu bagi menambah baik persekitaran kawasan perlombongan yang terjejas.

No comments:

Post a Comment